BlogMaster

Salam untuk semua pelawat Blog Matang Gemilang...
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog SMKA Matang, Kuching. Sesungguhnya usaha ini hanyalah untuk menambah aroma perjuangan warga SMKA Matang khususnya dan pihak ibu bapa amnya.

Dengan adanya medan ini, maka kita dapat lagi memangkin usaha dalam menjadikan SMKA Matang sebuah institusi agama yang lebih kondusi dan menjadi pilihan. Kita akan dan telah melakukan gemblengan tenaga dan usaha dalam semua aspek yang menjadi teras pendidikan.

Melalui blog ini, sesiapa sahaja boleh mengemukakan buah fikiran atau cadangan yang konstruktif di samping aduan-aduan yang memerlukan tindakan pihak berwajib sekolah.Sesungguhnya untuk merangkul suatu impian kecemerlangan memerlukan elemen penting iaitu rasa kebersamaan dan keempunyaan yang tersemai utuh tanpa ada rasa prejudis.

Kami memohon agar semua cadangan, aduan, dan sebagainya yang disalurkan menerusi wahana blog ini dibuat dengan penuh adab dan keikhlasan.

Semoga Allah melebarkan lembayung rahmat-Nya kepada kita semua.

Wassalam.
BlogMaster

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity