Bahasa Melayu PMR Kertas 2 - Bahagian B
Bahasa Melayu, feature, Peperiksaan 11:39 PM
KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - 20 MARKAH
Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
Perenggan- 5/6 perenggan.
- 1 Perenggan- Pendahuluan.
- 3/4 Perenggan- Isi/huraian
- 1 Perenggan- Penutup.
- Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
- Sintaksis- ringkas & padat.
- Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).
Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
- Ayat yang gramatis.
- Kosa kata yang luas dan tepat.
- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
- Isi menepati kehendak soalan
- Huraian isi matang dan berkembang.
- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).
a. Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan.
- Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.
b. Cara menulis isi karangan.
- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
c. Cara penulisan penutup.
- Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
SMK Agama Matang on 11:39 PM. Filed under Bahasa Melayu, feature, Peperiksaan . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0