Agama

Muhasabah Pada Tahun Baharu

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab de...

31 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Penawar Stres Melalui Zikir, Doa dan Tawakal

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyaki...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More
INFO

Rincian Standard Guru Malaysia

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme KeguruanAmalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru...

02 Feb 2011 / 0 Comments / Read More

Rokok : Ada Sel Darah Babi

KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui s...

02 Nov 2010 / 0 Comments / Read More

Penyempurnaan Hidup Dengan Membaca


TABIAT membaca ialah suatu amalan yang baik untuk mendedahkan diri seseorang kepada ilmu pengetahuan dan peristiwa. Tabiat membaca seperti orang memakan nasi. Tanpa makanan, ibarat tidak lengkap hidup ini. Tanpa membaca ibarat tidak sempurna kehidupan hariannya. Seseorang yang mempunyai tabiat membaca yang baik bukan saja mempunyai minat yang tinggi terhadap pengetahuan, maklumat dan ilmu tetapi menyebabkan dorongan untuk membaca tidak boleh disekat. Dia akan membaca di mana saja dan kadang-kadang membaca apa saja. Tanpa bahan yang dibaca dia menjadi resah. Membaca baginya suatu kepuasan. Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan maklumat, meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu peristiwa yang berlaku.

Islam memang agama yang menganjurkan manusia membaca. Ayat yang pertama daripada Allah kepada Nabi kita ialah 'Iqra' atau 'Bacalah'. Al-Quran juga mengingatkan manusia tentang kepentingan akal iaitu 'Afala ya'qilun' untuk membolehkan manusia berfikir. Jalan mengembangkan pemikiran ialah menerusi membaca. Amalan membaca yang tinggi menjadikan seseorang itu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang lebih. Allah juga memberikan pedoman bahawa tidak sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Darjat ilmu boleh didapati menerusi pembacaan. Islam juga menganjurkan umatnya bukan saja membaca sesuatu dari sudut yang tersurat tetapi mengkaji juga apa yang tersirat. Membaca apa yang tersurat saja faedah keilmuannya mungkin terbatas tetapi mendalami apa yang tersirat memberi manfaat yang besar kepada seseorang.

Banyak yang boleh kita andaikan sekiranya remaja hari ini tidak minat membaca. Pertama, remaja akan ketinggalan untuk tahu perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini. Dunia hari ini berada di bawah telunjuk globalisasi yang menjadikan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca dan kalau membaca pun menumpukan perhatian kepada hal-hal yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahyul, kisah-kisah artis dan penghibur semasa, dia tidak mencanai dan mengembangkan ilmu.

Kedua, tanpa bahan-bahan baik yang dibaca, remaja tidak akan melatih diri untuk berfikir dan menganalisis. Generasi yang tidak berfikir tidak akan menghasilkan idea-idea yang bermakna. Dalam buku terkandung sumber maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja. Buku merakamkan idea-idea yang berbagai-bagai, menghimpunkan analisis manusia tentang sesuatu peristiwa atau keadaan dan mencatatkan fakta dan data yang ditemui penulis dan pengkaji terhadap pelbagai perkara. Buku membantu remaja berkongsi, mengetahui dan mendapat jalan ilmu tentang

perubahan dan kemajuan.

Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat tetapi juga menjadi sebati dan ketagihan. Jika tidak membaca ada semacam kekosongan dalam hidup. Apabila mendapat bahan yang hendak dibaca ibarat seseorang mendapat teman yang sangat dikasihi. Sebab itu orang Barat dan Jepun mampu menempa kemajuan dan perubahan. Mereka membaca dalam kapal terbang, dalam kereta api, sambil menunggu bas dan apabila ada masa terluang. Membaca dihubungkan rapat dengan kesempatan membaca.

Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak-anak yang masih kecil elok didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang memikat minat mereka membaca. Walaupun pada peringkat awal anak-anak suka melihat gambar atau cerita-cerita yang bercorak kartun, galakan harus diberi supaya anak-anak suka membaca cerita. Lepas itu galakkan anak-anak membaca cerita yang menghiburkannya dan akhirnya apabila tabiat sudah tumbuh berilah anak-anak bahan-bahan bacaan yang memberi maklumat dan menambah ilmu. Apabila anak-anak meningkat remaja, ibu bapa harus rajin membawanya ke kedai buku atau ke perpustakaan. Galakkan remaja menjadi ahli kelab-kelab buku dan sediakan peruntukan bulanan untuknya membeli majalah dan buku-buku yang berguna untuk mengembangkan minatnya membaca. Jadikan kebiasaan apabila anak-anak berjaya, buku dijadikan hadiah.

Bagi remaja, membaca buku teks kadang-kadang menjadi suatu paksaan. Kalau tidak kerana tuntutan belajar dan ingin lulus dalam peperiksaan, buku teks akan terbiar begitu saja. Sesetengah pula berpendapat bahawa setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, membaca sudah tidak perlu lagi. Banyak masa remaja dihabiskan di hadapan media elektronik bagi mendapatkan bahan-bahan yang bercorak hiburan, picisan malah kadang-kadang melalaikan. Para remaja harus memupuk kecenderungan membaca bahan-bahan yang baik dan berfaedah. Apa yang remaja baca ada kesannya pada minda, pada sikap mental malah pada tanggapan dan hobi.

Sebuah negara yang sedang menuju tahap negara maju seperti Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang minat membaca. Ke-

kuatan bagi sesebuah negara yang bakal maju banyak bergantung kepada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya. Ia bermula sejak zaman remaja lagi. Sekiranya para remaja hanya cenderung membaca bahan-bahan ringan semata-mata dan tidak memiliki minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, maka globalisasi yang sedang kita tempuh bakal menyebabkan kita terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan. Proses negara maju harus seimbang dengan darjah berfikir rakyatnya. Darjah pemikiran rakyat hanya boleh meningkat sekiranya proses mendapatkan maklumat, menguasai ilmu, membandingkan bahan-bahan kajian dan meneliti penemuan-penemuan baru menerusi pembacaan. Pembacaan boleh berlaku sama ada menerusi media cetak ataupun elektronik seperti internet.

Kekuatan tamadun dalam tradisi Islam antara lain berpunca daripada kegemaran ilmuannya membaca. Mereka membaca tidak saja apa yang tersurat di dalam al-Quran, tetapi membaca apa yang tersirat di dalamnya menerusi kaedah tafsir. Ayat-ayat al-Quran tidak saja ditafsir secara literal ataupun secara luaran tetapi didalami maksud dan hikmah di sebaliknya. Tidak saja ia dibaca untuk dapat pahala atau fadilat tetapi menjadikan intisarinya amalan dan penghayatan.

Para remaja Islam harus bersedia di samping menghafaz dan membaca al-Quran, mereka harus ada kecenderungan untuk mendalami isinya. Ayat-ayat al-Quran ada latar-turunnya (asbabun Nuzul) kerana wahyu itu sendiri tidak turun dalam bentuk tekstual saja tetapi merujuk pada konteksnya atau pada realiti semasa. Kemampuan ulama tafsir ialah menggali intisari yang amat bernilai untuk pedoman manusia. Sebab itulah ramai saintis Islam pada masa yang lalu menghafaz al-Quran pada umur yang awal dan meneliti tafsirnya sebagai pedoman melakukan kajian dan penelitian. Para remaja hari ini boleh menjadikan al-Quran dan tafsirnya yang berbagai-bagai sebagai sumber mendapatkan ilmu dan hikmah. Setiap kalimah al-Quran yang dibaca oleh para remaja akan diberikan ganjaran yang setimpal. Betapa kalau bacaan diikuti dengan memahami isinya, para remaja akan mendapat kekuatan ilmu yang luar biasa sebagai pedoman diri dan bimbingan hidup. Para remaja boleh membaca tafsir al-Quran yang diusahakan oleh Hamka, Ahmad Sanhaji, Departmen Agama Indonesia dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia sebagai asas. Kemudian para remaja yang mampu boleh melanjutkan lagi dengan membaca tafsir tulisan Syed Qutb, Yusof Ali, Muhammad Assad, Ibn Kathir, al-Qurtubi dan banyak lagi. Membaca pelbagai tafsir tidak saja memperkayakan khazanah fikir tetapi menyuburkan lagi talian zikir.

Upaya fikir dan talian zikir para remaja harus kuat. Upaya fikir membolehkan remaja memiliki kekuatan akal untuk dikembangkan. Ilmu yang bernilai daripada al-Quran membolehkan para remaja memiliki tabiat mendapatkan ilmu yang baik, berguna dan bermanfaat yang dipimpin oleh Allah. Upaya zikir membolehkan remaja memohon petunjuk dan hidayat daripada Pencipta. Apa yang remaja fikirkan dengan kekuatan akalnya dan bentuk zikir yang menghubungkan dirinya dengan Allah, membolehkan remaja mendapat pedoman dan ilmu yang mempunyai hikmah.

Asas fikir dan zikir dalam erti kata yang luas mampu membina tradisi membaca yang tinggi di kalangan remaja kerana yang dibaca adalah sesuatu yang berguna dan sumber yang dibaca adalah saluran petunjuk yang membolehkan budaya 'iqra' menyebati dalam jiwa dan hati, dan itulah maksud membaca yang diredai Allah.

Oleh: DR. SIDEK BABA

Posted by





SMK Agama Matang on 9:37 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Penyempurnaan Hidup Dengan Membaca�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Pengumuman

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

Bahasa Arab Bahasa Melayu

Latihan 3 - Bahasa Melayu

1. Pisahkan ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal a) Industri desa dijalankan di desa, menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan da...

30 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Latihan 2 - Bahasa MelayuPenanda WacanaGaya Bahasa
Tips Cemerlang

Rincian Standard Guru Malaysia

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme KeguruanAmalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru...

02 Feb 2011 / 0 Comments / Read More
Warkah Buat Putera-puterikuMeningkatkan Mutu PembacaanPenyempurnaan Hidup Dengan Membaca
Motivasi

Mengajar Konsep Hijrah Pada Keluarga

KALENDAR Masihi akan berganjak ke tahun 2011 tidak lama lagi dan pertukarannya akan diikuti dengan sambutan yang cukup meriah di segenap pe...

04 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Pentingnya Membuat Teguran

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pan...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More

Bertawakal Selepas PMR

Hari ini, 12 Oktober 2010 bukanlah satu tarikh "merdeka" bagi murid-murid tingkatan tiga seluruh Malaysia, tetapi merupakan satu titik perm...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More

Kualiti A.B.C.D.E.F.G.H.I. Seorang Pelajar

Pengenalan Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdas...

23 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Peperiksaan

Keputusan PMR 2010

Assalamua'laikum Anak-anak Didik PMR 2010...Keputusan PMR akan diumumkan pada hari Khamis, 23 Disember 2010. Semua murid boleh mengambil k...

17 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Lompatan Untuk Masa Hadapan Bermula

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan d...

20 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Tips Cemerlang

Rincian Standard Guru Malaysia

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalism...

02 Feb 2011 / 0 Comments / Read More

Warkah Buat Putera-puteriku

Buat putera-puteri kami, Ayahanda dan B...

27 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Kisah Teladan

Akibat Susuk

“SUSAH betul... macam ada benda sekat k...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More

H1N1

Diceritakan bahwa Musa as. pernah menge...

16 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Agama

Muhasabah Pada Tahun Baharu

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apak...

31 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Penawar Stres Melalui Zikir, Doa dan Tawakal

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More
Photoblog

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity