Agama

Muhasabah Pada Tahun Baharu

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab de...

31 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Penawar Stres Melalui Zikir, Doa dan Tawakal

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyaki...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More
INFO

Rincian Standard Guru Malaysia

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme KeguruanAmalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru...

02 Feb 2011 / 0 Comments / Read More

Rokok : Ada Sel Darah Babi

KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui s...

02 Nov 2010 / 0 Comments / Read More

Mengajar Konsep Hijrah Pada Keluarga


KALENDAR Masihi akan berganjak ke tahun 2011 tidak lama lagi dan pertukarannya akan diikuti dengan sambutan yang cukup meriah di segenap pelosok negara bagi meraikan kedatangan tahun baru ini.

Golongan kanak-kanak adalah antara yang tidak ketinggalan dalam meraikan kedatangan tahun baru. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka mengikuti acara seperti pengiraan detik menjelang tahun baru, pertunjukan bunga api, konsert, dan seumpamanya.

Namun berapa ramai dalam kalangan ibu bapa yang beragama Islam menggalakkan anak-anak untuk menyambut kedatangan tahun baru mengikut kalendar Islam atau Hijriah beberapa hari lagi? Jika anak-anak begitu lancar menghafal nama-nama bulan dalam kalendar Masihi, apakah mereka turut mampu mengingati nama dan susunan bulan-bulan mengikut kalendar Hijriah? Adakah anak-anak kita telah diajarkan juga tentang sejarah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat daripada sambutan awal Muharam ini? Kebetulan pula sambutan Awal Muharam (1 Muharam 1432 Hijrah) kali ini jatuhnya hanya berselang kira-kira 3 minggu dari sambutan tahun baru 2011, iaitu pada 6 Disember. Maka, sewajarnyalah sebagai umat Islam yang mendasari konsep Islam sebagai agama rasmi di negara kita ini perlu mendidik anak-anak kita menghayati akan kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam, termasuklah dalam menyambut kedatangan bulan Muharam dan inti pati sambutannya.

Hijrah daripada konteks bahasa bermaksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Secara konsepsualnya adalah suatu usaha mengubah nasib atau keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Hijrah seseorang itu jika disertakan dengan usaha, kesungguhan dan penyerahan kepada Allah s.w.t, maka dia akan dijanjikan kejayaan dan ganjaran pahala.

Anak-anak perlu didedahkan bahawa berdasarkan lipatan sejarah Islam, sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Umar al-Khattab r.a. adalah orang bertanggungjawab menggagaskan penggunaan kalendar Islam berdasarkan peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah. Peristiwa hijrah diiktiraf sebagai permulaan bulan dalam kalendar Islam dan peristiwa tersebut berlaku pada tahun 622 Masihi mengikut kalendar Masihi. Anak-anak perlu diberitahu bahawa peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w ini adalah bertunjangkan kepada ketaatan terhadap perintah Allah s.w.t di mana sebagai seorang umat Islam yang beriman seseorang perlu melaksanakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Selain itu, terdapat banyak prinsip mulia yang perlu dididik kepada anak-anak di sebalik konsep hijrah. Menjadi kelaziman apabila masuk sahaja tahun baru, kebanyakan orang akan mewujudkan azam baru untuk menjadi lebih baik dan sempurna serba-serbinya berbanding tahun-tahun yang lepas.

Begitu jugalah perlu diterapkan dalam diri anak-anak bahawa dalam mendasari anjakan tahun baru kalendar Islam, membentuk azam baru itu adalah berpaksikan kepada perubahan atau penghijrahan ke arah kebaikan.

Anak-anak perlu difahamkan hijrah mengajar manusia untuk membentuk amalan perpaduan, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara sesama manusia tidak kira usia, bangsa dan agama. Dengan cara ini, anak-anak akan terasuh menjadi modal insan yang mempunyai akhlak yang terpuji seiring dengan ketinggian martabat dan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Konsep hijrah juga berkesan mendidik anak-anak untuk sabar dan tidak melaksanakan sesuatu yang boleh memudaratkan diri akibat kecewa dengan sebarang kegagalan, misalnya terjebak dengan gejala ponteng sekolah, merempit, atau menagih dadah.

Akhirnya konsep hijrah berupaya membentuk peribadi anak-anak menjadi insan yang sentiasa yakin dengan ketentuan Allah s.w.t dan bertawakal setelah giat melaksanakan sesuatu usaha ke arah kebaikan. Ia selaras dengan konsep tawakal Rasulullah s.a.w semasa berhijrah ke Madinah dan berusaha mengelakkan ancaman bunuh kaum Musyrikin Mekah.

Allah s.w.t menjanjikan balasan yang sewajarnya kepada mereka yang berserah kepada-Nya seperti yang dinyatakan dalam surah an-Nahl ayat 41-42 maksudnya: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. (Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.

Segala pengajaran dan prinsip yang diserlahkan melalui peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w perlulah diterapkan secara berterusan dalam kehidupan anak-anak. Sempena kedatangan awal Muharam ini, marilah kita mengajak anak-anak meraikannya dengan cara muhasabah diri, perbetulkan kesilapan, perbanyakkan amalan mulia dan membulatkan tekad untuk berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan keredaan-Nya di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.

Posted by





SMK Agama Matang on 12:51 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Mengajar Konsep Hijrah Pada Keluarga�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Pengumuman

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

Bahasa Arab Bahasa Melayu

Latihan 3 - Bahasa Melayu

1. Pisahkan ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal a) Industri desa dijalankan di desa, menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan da...

30 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Latihan 2 - Bahasa MelayuPenanda WacanaGaya Bahasa
Tips Cemerlang

Rincian Standard Guru Malaysia

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme KeguruanAmalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru...

02 Feb 2011 / 0 Comments / Read More
Warkah Buat Putera-puterikuMeningkatkan Mutu PembacaanPenyempurnaan Hidup Dengan Membaca
Motivasi

Mengajar Konsep Hijrah Pada Keluarga

KALENDAR Masihi akan berganjak ke tahun 2011 tidak lama lagi dan pertukarannya akan diikuti dengan sambutan yang cukup meriah di segenap pe...

04 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Pentingnya Membuat Teguran

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pan...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More

Bertawakal Selepas PMR

Hari ini, 12 Oktober 2010 bukanlah satu tarikh "merdeka" bagi murid-murid tingkatan tiga seluruh Malaysia, tetapi merupakan satu titik perm...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More

Kualiti A.B.C.D.E.F.G.H.I. Seorang Pelajar

Pengenalan Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdas...

23 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Peperiksaan

Keputusan PMR 2010

Assalamua'laikum Anak-anak Didik PMR 2010...Keputusan PMR akan diumumkan pada hari Khamis, 23 Disember 2010. Semua murid boleh mengambil k...

17 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Lompatan Untuk Masa Hadapan Bermula

Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan d...

20 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Tips Cemerlang

Rincian Standard Guru Malaysia

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalism...

02 Feb 2011 / 0 Comments / Read More

Warkah Buat Putera-puteriku

Buat putera-puteri kami, Ayahanda dan B...

27 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Kisah Teladan

Akibat Susuk

“SUSAH betul... macam ada benda sekat k...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More

H1N1

Diceritakan bahwa Musa as. pernah menge...

16 Sep 2010 / 0 Comments / Read More
Agama

Muhasabah Pada Tahun Baharu

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apak...

31 Dec 2010 / 0 Comments / Read More

Penawar Stres Melalui Zikir, Doa dan Tawakal

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit...

12 Oct 2010 / 0 Comments / Read More
Photoblog

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity