Bahasa Melayu PMR Kertas 2 - Bahagian C

KARANGAN UMUM - 40 MARKAH.

Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).

Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
1 Perenggan- Penutup.



Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
Sintaksis- ringkas & padat.
Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
-( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).

Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
PEMBINAAN KARANGAN.

Contoh Soalan – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

i. Cara menulis pendahuluan.
- Pastikan 1 perenggan sahaja.
- Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
- Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik perhatian pemeriksa.
- Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll.

Contoh pendahuluan-

Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

ii. Cara menulis isi karangan.
- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
- Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
- Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
- Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh )


Contoh Isi karangan

Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa.

iii. Cara menulis penutup karangan
- Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan.
- Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
- Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )


Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ) kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Soalan karangan yang popular.

Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
Karangan Laporan.
Karangan Perbincangan/Pendapat.
Karangan Bertajuk Peribahasa.
Karangan Cereka/keperihalan.
Karangan Syarahan/perbahasan

Posted by





SMK Agama Matang on 11:57 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Bahasa Melayu PMR Kertas 2 - Bahagian C�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity