Bahasa Melayu PMR Kertas 2 - Bahagian A

1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )

1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja (tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.

5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.

6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).

7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.

Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll

Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.

Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.

Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll

Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll

Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll

Tarikh- 20 April 2007

Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll

8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda.

9. Pemarkahan ringkasan.

Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.

Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.

- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.

- Penanda wacana yang sesuai.

- Ejaan dan tanda baca yang betul.

10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan

- Bahasa kurang lancar.

- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.

- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.

- Melebihi 80 patah perkataan.

- Isi kurang.

- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
anda akan ditolak sebanyak 50%.


11. Contoh soalan ringkasan

i. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.

ii.Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).

iii.Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.

iv. Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.

v. Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan sukan di negara kita.

2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).

Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. (2 markah )

Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. ( 4 markah )

Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).

Posted by





SMK Agama Matang on 7:36 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Bahasa Melayu PMR Kertas 2 - Bahagian A�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity