SMKA Matang

SEJARAH

SMK Agama Matang ditubuhkan pada tahun 1985 di Gedong, Simunjan dengan nama SMK Agama Gedong. Pada tahun 1986, ia dipindahkan ke SMKA Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab (menumpang) yang dikenali dengan nama SMKA Matang No.2. Pada 20 Julai 1992, SMK Agama Matang No. 2 telah dipindahkan ke tapaknya sendiri di Km. 24, Jalan Matang, dan dikenali dengan nama SMK Agama Matang. Terletak di Kawasan Matang, Kuching 24 km dari Bandaraya Kuching. Keluasan SMK Agama Matang 43.00 ekar. Sekolah Ini Mempunyai Satu Sesi Persekolahan: Ting. 1 sehingga Ting. 5. Bilangan guru adalah seramai 52 orang (sehingga bulan Mei 2007). Manakala bilangan staf sokongan pula adalah seramai 26 orang (sehingga bulan Mei 2007). Sementara itu bilangan pelajar pula seramai 606 orang (sehingga bulan Mei 2007).

VISI
SMK Agama Matang, Kuching, Sarawak
menjadi sebuah sekolah cemerlang di Sarawak menjelang tahun 2010.

MISI
SMK Agama Matang
menjadi sekolah cemerlang
melalui kecemerlangan akademik, kokurikulum, akhlak dan sahsiah.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga sekolah SMK Agama Matang beriltizam dan berazam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berteraskan etika agama kepada pelanggan kami berdasarkan piagam berikut:

Memberikan layanan yang adil dan saksama tanpa mengira agama, kepercayaan, bangsa dan keturunan.

Menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualti dan berkesan.

Menyediakan dan melaksanakan program kokurikulum yang sepadu, berkualiti dan berkesan.

Menyediakan dan melaksanakan program pembangunan akhlak dan sahsiah murid berteraskan tuntutan Islam.

Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap, berkesan dan Islami.

Mewujudkan suasana asrama yang kondusif yang membantu perkembangan murid.

Memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa diberikan keutamaan.

Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemas kini dan dapat dicontohi.

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bimbingan dan kaunseling.
Mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan ceria.

Memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan bermakna warga sekolah.


Posted by





SMK Agama Matang on 10:11 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �SMKA Matang�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity