Bahasa Arab : Kata Nama Tunggal ( مُفْرَد ), Dua ( مُثَنَّى ), dan Ramai/Banyak ( جَمْع )

Pada kali ini akan diterangkan kata nama dari sudut bilangan. Kata nama dari segi bilangan terbahagi kepada tiga :
1. المُفْرَد ( tunggal )

Iaitu menunjukkan bilangan satu.
Contoh :

كَاتِبٌ - seorang kerani
قِطّ - seekor kucing
سَيَّارَةٌ - sebuah kereta
قَلَمٌ - sebatang pen

2. المُثَنَّى ( bilangan dua )

Iaitu menunjukkan bilangan dua.Tandanya ialah ditambah ( ا ن / ي ن ) di akhir.
Contoh :

كَاتِبَانِ - dua orang kerani
قِطَّانِ - dua ekor kucing
سَيَّارَتَانِ - dua buah kereta
قَلَمَانِ - dua batang pen

3. الجَمْع( bilangan tiga ke atas)

Iaitu menunjukkan bilangan tiga atau lebih. Jamak terbahagi kepada tiga jenis ;

i. Bilangan ramai untuk lelaki yang berakal (جمع المُذَّكَر السَالِم ). Tandanya ialah di tambah ( ون / ي ن ) di akhir.

Peringatan :
tidak boleh dimasukkan kepada benda.
Contoh :

كَاتِبُونَ - para kerani
طَالِبُونَ - para pelajar
فَلَّاحُونَ - petani-petani
نَاجِحُونَ - golongan yang berjaya

ii. bilangan ramai untuk perempuan ( جمع المُؤَنَّث السَالِم) . Tandanya ialah ditambah ( ات ) di akhir. . Digunakan untuk manusia dan benda.
Contoh :

كَاتِبَاتٌ - kerani-kerani wanita
تِلْمِيذَاتٌ - para pelajar perempuan
حَقِيبَاتٌ - beg-beg

iii. Perubahan daripada binaan mufradnya dalam jama’ Taksir ( جمع التَكْسِير ). Jama’ jenis ini digunakan pada manusia dan benda. Untuk mencari jamak jenis ini hendaklah merujuk kamus ( cari perkataan mufrad )

رُكَّابٌ - para penumpang
طُلَّابٌ - para pelajar
كُتُبٌ - buku-buku
مَدَارِسُ - sekolah-sekolah

Tajuk jama’ perlu diperincikan bersama-sama guru kerana perbahasannya agak kompleks. Jangan malu untuk menambah ilmu.

Posted by





SMK Agama Matang on 9:34 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Bahasa Arab : Kata Nama Tunggal ( مُفْرَد ), Dua ( مُثَنَّى ), dan Ramai/Banyak ( جَمْع )�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity