Latihan 2 - Bahasa Melayu


1.Ayat

a) Nyatakan jenis ayat berikut;

i) Cis, berani kau memperdaya aku!

ii) Rumah ini milik jutawan yang dermawan.

iii) Awak nampak di mana kunci saya?

iv) Dia ialah rakan serumah saya.

v) Saya tidak mengambil baju itu.

vi) Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.


2.Subjek dan Predikat

a) Nyatakan bahagian subjek dan predikat

i) Angkasawan Negara telah selamat sampai ke bumi.

ii) Faktor ketiadaan pekerjaan menjadi punca warga muda terjurumus ke lembah jenayah.

iii) Bercahaya-cahaya dan memukau sungguh cincin bertahtakan permata yang dipakai oleh ibu apabila disinarai cahaya lampu neon.

iv) Di hujung tanjung itu, mayat pemuda yang mati membunuh diri ditemui oleh pihak penyelamat.

v) Keputusan Peperiksaan SPM pada tahun 2007 ini dijangka dapat melahirkan pelajar yang pandai, berwibawa dan berkarisma.

3.Frasa

a) Nyatakan frasa bahagian predikat

i) Ali berjaya mengalahkan saingannya di saat-saat akhir.

ii) Letupan yang mengorbankan 40 orang awam Iraq itu didalangi oleh tentera Amerika.

iii) Semangat bersatu padu di kalangan rakyat Palestin perlu dijana bagi menjamin kemenangan umat Islam.

iv) Semalam, pakaian yang dibeli oleh ayah di pasar malam dijadikan hadiah untuk datuk sempena hari lahirnya yang ke-100.

v) Dalam bas mini yang penuh sesak itu, penyeluk saku menjalankan operasi mereka tanpa segan silu.

4.Kata

a) Senaraikan satu Kata kerja terbitan bagi setiap ayat.

i) Adik makan sambil bercakap-cakap.

ii) Emak tersepak cawan dan kakinya berdarah

iii) Adik baca buku sambil mendengar muzik irama "rock" yang melalaikan.

iv) Jalan itu diperbesar untuk memudahkan pelajar berbasikal ke sekolah.

v) Hujan turun tidak berhenti-henti sejak kedatangan musim tengkujuh.


* Selepas membuat latihan, bolehlah meminta jawapan daripada Blogmaster ini.

Posted by





SMK Agama Matang on 10:27 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Latihan 2 - Bahasa Melayu�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity