Warkah Buat Putera-puteriku


Buat putera-puteri kami, Ayahanda dan Bonda sentiasa mendoakan semua anakanda sentiasa berada dalam situasi yang dilindungi Allah. Ayahanda dan Bonda sesungguhnya tiada apa yang dapat diwarisi kepada anak-anak semua kecuali ilmu pengetahuan yang berguna. Tetapi janganlah semua anakanda lupa untuk sentiasa mencari juga ilmu akhirat kerana itulah yang akan membawa kita sentiasa dirahmati Allah.

Buat putera-puteri sulong, bersedialah untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini. Jadilah contoh yang terbaik buat adik-adikmu, bukan sahaja dari segi ilmu tetapi yang penting juga sahsiah dan akhlak diri.

Buat putera-puteri kedua, anakanda juga perlu bersedia untuk menghadapi PMR pada tahun ini. Berjuanglah unutk mencapai kecemerlangan 9A. Ayahanda dan Bonda yakin anakanda mampu mengulangi kejayaan abang longmu yang lepas.

Putera-puteri yang disayangi, telah 3 dan 5 tahun amak-anak melangsungkan persekolahan di alam menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang, Kuching, ayahanda dan bonda berharap anakanda dapat menyesuaikan diri dan belajar hidup asrama. Tidak mungkin Ayahanda dan Bonda dapat bersama-sama anakanda semua pada setiap hari tetapi Ayahanda dan Bonda mengharapkan anak-anak dapat melaksanakan amanah belajar tanpa disuruh. Tetapi janganlah anakanda semua risau dan bimbang kerana pastinya Ayahanda dan Bonda sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak semua.

Buat putera-puteri yang lain, sesuaikan dan sediakanlah diri dengan persediaan-persediaan yang perlu kerana anakanda semu juga akan menjejaki langkah-langkah abang long. Ayahanda dan Bonda juga berpesan agar sentiasa menjaga solat dan hubungan sesama insan dan pilihlah sahabat-sahabat yang dapat menyuluh denai-denai di hadapan yang bakal dilalui.

Ayahanda dan Bonda mengharapkan semua putera dan puteri dapat belajar bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan pada masa hadapan.

Sekian.

Ayahanda dan Bonda yang sentiasa anak-anak semua.

Posted by





SMK Agama Matang on 6:22 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Warkah Buat Putera-puteriku�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity