Malas : Bilakah Aku Mahu Berubah..?

Adakah anda seorang calon SPM, PMR, mahasiswa di Pusat pengajian tinggi atau anda seorang yang telah bekerjaya ? Adakah anda tidak pernah bersikap malas ? Itulah kelemahan kita disebabkan kelemahan iman dan dipengaruhi oleh godaan syaitan daripada menyelesaikan sesuatu amanah dan tanggungjawab dengan menepati masa dan sempurna.

Malas merupakan sikap negatif yang sentiasa ada pada diri kita. Sikap buruk ini adalah musuh utama yang akan memusnahkan harapan seorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik atau akan menjadikan seseorang yang telah bekerjaya akan terjejas prestasi kerjayanya.

Sekiranya anda calon SPM dan PMR pada tahun ini,diharap berubah serta merta dengan menyingkirkan sikap malas dari dalam diri anda. Kalau tidak anda akan menyesal selama-lamanya. Sekarang telah masuk bulan Julai, hanya ada tiga atau empat bulan lagi untuk anda membuat persiapan menghadapi peperiksaan tersebut.

Cukuplah setakat ini anda membuang masa dengan melepak, menonton rancangan tv yang melalaikan, lalai dan leka dengan laman sosial di internet atau mendengar muzik yang entah apa-apa. Cukuplah setakat ini anda mengecewakan guru-guru anda. Cukuplah setakat ini anda membuatkan ibu bapa anda berasa risau dengan sikap anda.

Berubahlah dengan segera!. Tangguhlah nafsu anda untuk berhibur dan bersenang-lenang pada waktu ini. Apabila selesai perjuangan anda nanti, penuhilah kehendak itu semahu-mahunya. Kalau anda tidak berusaha sekarang, selepas peperiksaan nanti anda akan menyesal tidak sudah.

Sebenarnya nafsu untuk berhibur sememangnya begitu kuat pada waktu sebelum peperiksaan dan tidak pernah berasa puas. Apabila telah selesai peperiksaan, nafsu untuk melakukan semua ini dan itu hilang serta-merta. Mengapa ? Kerana syaitan telah memainkan peranannya dengan mempengaruhi nafsu anda. Tidak percaya ? Anda akan rasai sendiri pada satu masa nanti.

Telah menjadi lumrah manusia tidak pernah menghargai sesuatu perkara yang dimiliki sehinggalah hilang dari sisi mereka. Masa dan peluang yang masih ada ini, manfaatkanlah dengan sebaik mungkin.

Anda tiada pilihan. Sekiranya anda ingin mencapai kecemerlangan, maka berubahlah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang yang pemalas akan mencapai kejayaan yang tidak diduga. Begitulah sunnatullah dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah.

Posted by





SMK Agama Matang on 10:07 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Malas : Bilakah Aku Mahu Berubah..?�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity