Bahasa Arab : Bina Ayat Berpandukan Gambar

Soalan bina ayat berpandukan gambar ini merupakan soalan format lama yang berkemungkinan akan dikekalkan dalam soalan format baru. Peruntukan markah ialah sebanyak 10 markah dan murid dikehendaki membina lima ayat lengkap( jumlah mufidah).


Antara tip yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan mendapat markah maksimum ialah :

1. Ayat pertama yang biasa digunakan ialah (هَذِهِ الصُّورَةُ فِي ...
2. Hendaklah menyenaraikan seberapa banyak kata kerja (فعل ) yang terdapat dalam gambar.
3. Bina ayat dengan meletakkan kata kerja pada awal ayat.
4. Sesuaikan pelaku (فَاعِل ) dengan kata kerja sama ada lelaki atau perempuan.
5. Bina seberapa banyak jumlah fi’liyyah ( ayat yang terdapat kata kerja )
6. Bina ayat mudah. benda + harf Jar ( partikel) + benda.
Contoh :
الصُورَةُ عَلَى الجِدَارِ ( Gambar berada di dinding )
7. Elakkan mengulangi bentuk/pola ayat yang sama kerana akan menyebabkan gagal mendapat markah penuh.
8. Kuasai kata kerja yang asas dan biasa terdapat dalam gambar seperti berjalan, duduk, berbual, berdiri dan sebagainya.
9. Elakkan kata sifat seperti saiz atau warna seperti kereta itu berwarna merah.
10. Bina ayat seberapa banyak yang mampu. Lima ayat yang mendapat markah penuh akan diambilkira.

Kata kunci untuk memastikan murid mendapat markah penuh untuk menjawab soalan ini ialah menguasai perbendaharaan kata sama ada fi’il atau Ism. Bergantung semata-mata kepada tips-tips di atas adalah tidak memadai sekiranya kebanyakan kata kerja dan kata nama yang terdapat dalam gambar tidak diketahui.

Posted by





SMK Agama Matang on 9:05 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Bahasa Arab : Bina Ayat Berpandukan Gambar�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity