UPSR dan PMR : Antara Patut dan Tidak...

Cadangan kerajaan untuk menghapuskan peperiksaan umum UPSR dan PMR memang menarik tetapi tidak praktikal. Alasan tidak praktikal ini banyak disebabkan oleh keadaan persekolahan di negara ini sendiri. Jadi, semua persoalan yang dihuraikan di sini mampu untuk memberikan satu kefahaman tentang kesukaran yang bakal dihadapi kelak.

Sudah pasti pemansuhan UPSRS dan PMR memerlukan satu peperiksaan peringkat sekolah diadakan dan keadaan ini memerlukan aspek perancangan dan kos yang tinggi. Kita sudah sedia maklum guru-guru kini sudah banyak dibebankan dengan kerja-kerja birokrasi yang begitu banyak hingga menjejaskan kualiti pengajaran mereka pula. Sanggupkah kerajaan membelanjakan wang untuk menambah jumlah guru? Sanggupkah kerajaan untuk menambah kos kerana setiap sekolah atau negeri akan menerbitkan kertas soalan mereka tersendiri? Sanggupkah kerajaan memudahkan urusan birokrasi di sekolah?

Aspek lain ialah integriti soalan juga memainkan peranan? Bagaimana setiap sekolah hendak menjalankan peperiksaan mereka dengan serentak kerana setiap sekolah pasti ada keperluan pentadbiran yang berbeza. Situasi ini memudahkan berlakunya konsep soalan bocor pula. Pada masa yang sama kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh juga akan keliru kerana kualiti soalan yang disoal pasti akan dipertikaikan oleh setiap sekolah dan setiap negeri pula. Bukankah ini akan memeningkan kepala pihak pengurusan di Kementerian Pendidikan?

Sebenarnya, pemansuhan UPSR dan PMR tidak begitu kritikal dalam negara ini kerana paling penting ialah pelajar kita mampu menguasai sesuatu ilmu dengan baik dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan masa depan mereka. Konsep peperiksaan zaman kini yang menekankan aspek hafalan dan ramalan harus dibuang sebaliknya soalan yang berbentuk kreativiti dan tidak berunsurkan hafalan ditekankan dalam setiap kurikulum pendidikan itu.

Bagaimana pula dengan aspek sukan dan kokurikulum? Itu juga harus diberi penekanan dengan mengambil kira kemampuan pelajar dalam bidang itu ketika mereka memohon untuk memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi. Begitu juga dengan aspek pendidikan teknikal harus diluaskan dan diberi kepada pelajar ketika mereka masih muda. Pelajar yang baik dalam pelajaran meneruskan peperiksaan mereka manakala pelajar yang mahir dalam aspek teknikal diberi peluang untuk belajar dalam mana-mana pusat teknikal di negara ini pula.

Semua hujah yang dinyatakan di atas pasti membuka mata pembaca sehingga menimbulkan satu persoalan pula yakni kenapakah kerajaan berani mencadangkan pemansuhan ini jika mereka mengetahui masalah-masalah yang bakal timbul? Adakah kerajaan hany ingin menguji tahap reaksi masyarakat tentang sesuatu perkara?

Posted by





SMK Agama Matang on 8:52 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �UPSR dan PMR : Antara Patut dan Tidak...�

Leave comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kalendar Hijrah

Lagu Badar

2010 Matang Gemilang. All Rights Reserved. - Designed by Wandy Infinity